'Jururawat yang berkualiti tidak akan sekali-kali hanya mengikut arahan doktor semata-mata. Tetapi menggunakan ilmunya untuk bekerja bersama-sama doktor'.
apakah pandangan anda mengenai statement ini..?
bagi saya statement ini amatlah sesuai di guna pakai oleh semua jururawat di luar sana.
saya sendiri cuba menerapkan statement ini ke dalam diri saya..
saya cuba memahami apa yang telah di pelajari supaya dapat berkongsi bersama dengan orang lain.
di mana kadang kala kita tidak sedar bahawa kita hanya mampu menerima arahan dan melakukan apa yang telah di arahkan.
kadang kala jika benda itu salah atau tidak bersesuaian kita tidak ambil peduli akan nya.
di situ lah lahirnya bahawa jururawat tidak mengetahui apa yang sepatutnya.
adakah kerana jururawat tersebut tidak mengetahuinya atau sekadar mengikut arahan..?.
kita tidak sedar bahawa doktor juga manusia biasa yang boleh melakukan kesalahan. doktor adalah sama seperti kita juga.. hanya lah MANUSIA biasa..
dengan ini,sekarang saya sendiri akan menerima arahan yang diberikan. kadang-kala cuba berkongsi bersama dengan doktor diluar sana..terutamanya pada mereka yang masih baru belajar yang di mana situasinya adalah sama seperti saya..
situasi 1:
berdasarkan pengalaman saya yang tidak seberapa ini..
saya pernah dapat seorang pesakit yang hypoglycaemia(kurang gula dlm darah)
saya memberitahu doktor,akan tetapi doktor mengarahkan pemberiaan air gala tanpa melihat pesakit..
untuk pengetahuana anda,pesakit tersebut tidak dapat menelannya. arahan seterusnya adalah memasukkan tiub nasogastrik (tiub untuk pemberiaan makanan atau ubatan).
dalam masa memasukkan ini pesakit tidak menunjukkan sebarang reaksi,malah nadi tiada.. apa yang perlu di lakuakan..? CPR bermula.. tidak dapat di selamatkan.
situasi 2:
saya belajar dari kesilapan malah saya mencari jalan penyelesaian terhadap situasi 1.
pesakit hypoglycaemia..masih sama..
pesakit dah ada ryle's tube.. bacaan adalah selepas pemberian susu.
saya: doktor reflo pesakit ialah 2.1 mmol /L. baru shaja beri susu.
doktor: okay,ambil semula selepas 30 minit bacaan nya.
saya: saya rasa kalau tidak di beri IV dextrose by bolus ..insyaAllah patient ni pergi doktor..
doktor: ok2.. bagi IV dextrose..
saya: berapa..? 30 ml pun ckup doktor..
doktor: baguslah..30 ml..
tindakan ini,pesakit selamat..
apakah beza kedua2 situasi ini..? situasi pertama,saya menerima arahan tanpa mengatakan apa2..situasi kedua saya menerimnyaa tetapi menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang ada supaya tidak berulang pada pesakit lain..
p/s: kita bekerja menggunakan pengetahuan dan kemahiran bersama...